Monday 2 July 2012

Pewartaan Majlis Fatwa Mengharamkan Ajaran Abuya


PEWARTAAN
Pada 5 Ogos 1994 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharamkan Al-Arqam dan segala ajaran serta fahaman dan pegangan yang meliputi ideologi, falsafah serta sistem amalan dan publisiti. Pengumuman pengerusi Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia itu dibuat selepas muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang dihadiri oleh semua mufti atau pengerusi Jawatankuasa Fatwa Mufti di Pusat Islam. Persepakatan telah dibuat terhadap Al-Arqam yang mana ajaran dan fahaman kumpulan ini bertentangan dengan Syariah Islamiah dan boleh mengelirukan serta menyesatkan masyarakat Islam. Antara ajaran al-Arqam yang menyeleweng ialah mempercayai Sheikh Suhaimi berjumpa Rasulullah s.a.w dalam kaabah secara yaqazah  dan menerima Aurad Muhammadiah daripada baginda. Selain itu, lafaz syahadah ditambah dengan fakta palsu yang menyebut Sheikh Suhaimi sebagai Imam Mahadi dan menyamakan tarafnya dengan Khulafa’ al-Rashidin. Dengan pengharaman itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman al-Arqam, menjadi anggota, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti ekonomi, sosial, kesenian dan kebudayaan dan sebarang kegiatan menghidup dan mengembangkan kumpulan itu.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Amanpada 18 Ogos 1999,Jawatankuasa Fatwa Negeri  Melaka pada 11 Ogos 1994, Majlis Fatwa Negeri Sembilan pada 4 Ogos 1994,Majlis Fatwa Negeri Pahang pada 18 Ogos 1988 dan 22 September 1994,Majlis Fatwa Negeri Perak Darul Ridzwan pada 18 Ogos 1994 dan Jawatankuasa Negeri Perlis,Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan pada 4 Febuari 1993 dan 11 Ogos 1994, Majlis Fatwa Negeri Terengganu pada 18 Ogos 1994, Jawatankuasa Negeri Sabah pada 23 Ogos 1994, Jawatankuasa Negeri Sarawak pada 19 Ogos 1994, Jawatankuasa Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan pada 1 Disember 1988  telah mewartakan Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan Dar Al-Arqam memutuskan bahawa :
a.   Buku yang bertajuk Aurad Muhammadiah pegangan Dar Al-Arqam sekaligus menjawab tuduhan yang ditulis oleh Ustaz Haji Assyari Muhammad dan isi kandungannya dan manaqib ( riwayat hidup ) Sheikh Muhammad bin Abdullah Assuhaimi yang ditulis oleh Muhammad Taha As Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa dan isi kandungannya mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah islamiah serta mengelirukan dan boleh menyesatkan masyarakat islam.
b.  Kumpulan Dar al-arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan kitab manaqib( riwayat hidup) Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi adalah diharamkan.
c. Pengharaman yang meliputi ajaran-ajaran dan pegangan Al-arqam,apa-apa jua bahan–bahan publisiti, dan apa-apa jua terbitan  yang berkaitan  Al-arqam telah dilaksanakan. Oleh yang demikian orang Islam dilarang mengamal ajaran dan memiliki apa jua bentuk aktiviti yang berkaitan dengan Al-arqam adalah dilarang untuk memberi kemudahan dan membantunya. 


No comments:

Post a Comment