CIRI-CIRI AJARAN AL ARQAM
DAN PEGANGANNYA
Diantara ajaran-ajaran
pegangan al-Arqam yang salah dan
menyeleweng yang boleh menyesatkan umat
islam adalah seperti berikut:
1) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad
Muhammadiah tidak mati dan akan lahir
sebagai imam mahdi
2) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi telah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w didalam
kaabah dengan keadaan jaga dan menerima
Aurad Muhammadiah itu daripada baginda.
3) Mengadakan tambahan pada lafaz
syahadah dengan fakta palsu yang menyebut Syeikh Muhammad
As-Suhaimi sebagai Imam Mahdi dan menyamakan tarafnya dengan Khulafa’
Al-Rasyidin,
4) Mentafsir secara salah terhadap maksud ayat 3 surah an-nisa dengan mendakwa bahawa
asal pernikahan hendaklah
bermula dengan dua isteri dan seterusnya tiga dan
eempat. Ini bertentanagn dengan
tafsiran muktabar dan sekaligus menolak
ijma’ ulama tentang hukum nikah.
5) Ketua kumpulan al-Arqam mendakwa bertemu
secara sedar dengan
Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang
lain serta berdialog dengan
baginda. Dakwaan ini melanggar asas
syariat islam kerana ini bermakna
al-Quran dan hadith belum selesai dan tamat. Pengikut al-Arqam telah mencapai
satu peringkat taasub kepada ketua hingga sanggup mendewa-dewakan Ashaari
Muhammad dan mempercayai beliau mempunyai barakah, karamah dan syafaat
6) Ashaari Muhammad di dakwa diberi
kuasa-kuasa Allah (kun fayakun.) dakwaan
ini boleh membawa kepada syirik kerana ia sanggup menyekutukan Allah.
7) Al-Arqam juga tidak mematuhi undang-undang
dan enakmen agama islam negeri dan
undang-undang bertulis yang berkaitan dengaan hal ehwal islam di negeri-negeri
dan tidak mematuhi serta menghormati keputusan alim ulama
8)
Syeikh
Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam
jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam Kaabah.
9)
Syeikh
Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai
Imam Mahdi.
10) Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw
dan meletakkan setaraf dengan Khulafa' Al-Rasyidin.
11) Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh
ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang untuk
mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya
mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan
pemimpinnya.
12) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh
datang menolong apabila diseru namanya
13) Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, wali
yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman .Ashaari mendakwa
dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi
Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.
No comments:
Post a Comment