Monday 2 July 2012

Ajaran Sesat Abuya (Al Arqam)



LATAR BELAKANG PENGASAS
Ashaari Muhammad atau Asaari Muhamad telah dilahirkan pada 30 Oktober 1938 di Kampung Pilin Rembau, Negeri Sembilan. Beliau juga dikatakan berketurunan bawean atau boyan Indonesia. Setelah bapanya meninggal dunia beliau telah dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Lebai Ibrahim yang juga merupakan pengamal tariqat Muhammadiah. Ashaari juga turut mengamalkan tariqat ini dan telah  dikurniakan Ijazah tariqat Muhammadiah ketika berusia 16 tahun sewaktu beliau berada dalam darjah  7 Sekolah Melayu. Ketika berusia 20 tahun beliau telah mendirikan rumahtangga bersama dengan pasangannya Hasnah dan dikurniakan 11 orang anak, namun perkahwinan beliau dengan Hasnah tidak berkekalan. Selain Hasnah beliau juga telah berkahwin dengan 4 orang isteri iaitu Khadijah Aam, Tengku Noriah, Ummu Ain dan Walidah. Hasil perkahwinan daripada 5 orang isteri beliau telah dikurniakan 37 orang anak dan 19 orang menantu dan 70 orang cucu.
            Pada tahun 1954 hingga 1958, Asaari belajar di Madrasah Hishamuddin di Kelang.Pernah menjadi guru kerajaan di Sekolah Kampung Sg. Udang,Kelang. Ketika ini berkenalan dengan cucu Syeikh Muhammmad Suhaimie dan mempelajari wirid aurad Muhammadiyah.
Assari meninggal dunia pada 13 Mei 2010 petang di Ipoh Specialist Centre akibat jangkitan paru -paru.

No comments:

Post a Comment