AJARAN MOHAMED NORDIN BIN PUTEH
LATAR BELAKANG BELIAU
- Mohamed Nordin Bin Puteh berusia 55 tahun dan adalah bekas pelumba basikal dan ahli perniagaan.
2. Beliau mengembangkan ajaran di rumah No.3, Jalan AU 5D/3, Lembah Keramat, 54200 Kuala
Lumpur sejak tahun 80an lagi.
3. Ajaran ini berkembang di sekitar Lembah Kelang dan Hulu Kelang, Selangor dengan bilangan
pengikutnya tidak melebihi 100 orang walaupun Mohamed Nordin Puteh mendakwa mempunyai 300
orang pengikut yang berusia 15-70 tahun.
4. Beliau cuba mencari pengaruh dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri di Jabatan Perdana menteri. Beliau juga pernah menemui akhbar Watan dan telah
disiarkan pada 4 Mei 1994.
CIRI-CIRI AJARAN NORDIN PUTEH
- Mendakwa terima ijazah dari langit tahun 1988 sewaktu mengasingkan diri di sebuah gua setelah 6 tahun berkhalwat .
2. Mendakwa dapat keluarkan cahaya seperti bintang dari tubuhnya dan dinamakan "cahaya atas
cahaya".
3. Mengaku Imam Mahadi dan pemimpin manusia yang dilantik oleh Allah abad yang ke 15.
Diantara tanda-tanda yang ada pada beliau ialah :
a) Hidungnya melengkung dan mancung.
b) Ada bintik-bintik di belakang.
c) Cara berjalan menbongkok-bongkok.
d) Bersopan santun.
e) Terdapat kumpulan bulu di bawah belikat.
f) Kulit berseri kemerah-merahan.
g) Kening melengkung.
h) Memakai baju warna putih berbelah dada.
4. Setiap pengikut tidak kira lelaki atau perempuan akan berpelukan erat dengan Nordin setiap kali
dibuat perjumpaan (tetapi isteri-isteri Nordin tidak dibenarkan berpeluk dengan pengikut-
pengikutnya).
pengikutnya).
5. Mencabar ulama.
6. Setiap pengikut diberi air jampi.
7. Mengajar ilmu syariat , tarikat, hakikat, makrifat.
8. Mengamal nikah batin.
9. Perjumpaan dengan pengikut diadakan pada waktu tengah malam. Mereka juga akan pergi ke sebuah
gua di atas bukit Kg, Janda Baik berhampiran Tokong Hindu dengan berbekalkan sebatang lilin
sahaja.
TINDAKAN
- Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mewartakan pada 26 Mei 1988
(P.U.(B)255) bahawa ajaran Mohamed Nordin Puteh bukan daripada ajaran Islam. Oleh itu orang Islam adalah ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya.
2. Beliau telah meninggal dunia pada 11.02.2011 setelah bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah
di sisi rakan karib beliau. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut Dalam.
NEGERI SELANGOR
WARTA KERAJAAN
DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY
__________________________________________________________________________
DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY
__________________________________________________________________________
Jil.48 Tambahan No.19
No,20 28hb. September 1995 Perundangan
___________________________________________________________________________
Sel. P.U 22.
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM, 1989
FATWA TENTANG AJARAN MOHD NORDIN BIN PUTEH
En.21/1989 Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen
32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor,
selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundin Hukum Syara', membuat
fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
JADUAL
1. Amalan Mohd Nordin bin Puteh didapati menyeleweng daripada ajaran Islam
yang sebenar. Oleh itu umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Mohd
Nordin bin Puteh di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta
memohon keampunan pada Allah Subhanahu Wata'ala.
Nordin bin Puteh di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta
memohon keampunan pada Allah Subhanahu Wata'ala.
Dibuat pada 15hb September 1995
[JAI. Sel. 8014/7 Jilid IV; P.U. Sel. AGM/0007]
[JAI. Sel. 8014/7 Jilid IV; P.U. Sel. AGM/0007]
DATUK HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti.
Negeri Selangor
DISEDIAKAN OLEH KAMI :
-NUR ANISAH BINTI MOHAMAD RAZALI
-NUR ANISAH BINTI MOHAMAD RAZALI
-ILLYANI SYAZANA BINTI SUHAIMI
-TUAN SUHAININA DAYANA BINTI T.SULONG
DAKWAH KUMPULAN 1 , SEMESTER 3
DAKWAH KUMPULAN 1 , SEMESTER 3
No comments:
Post a Comment