Saturday, 7 July 2012

AJARAN SESAT BAHAI




AJARAN BAHAI DAN PENGASASNYA

Ajaran Bahaiyyah atau juga disebut Babiyyah merupakan ajaran kebatinan campuran dari Islam, Yahudi, Nasrani, Buddha, Zoroaster, kebatinan dan lain-lainnya, disepakati ulama bahawa mereka sudah keluar dari Islam. Ajaran ini muncul di Iran pada awal abad 19 yang bersumber dari ajaran Syiah yang mengangungkan imam-imam mereka, bahawa mendapat wahyu, bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bukan penutup para nabi. Ajaran Bahaiyyah diambil dari orang Yahudi, sebagaimana kita tahu bahawa Yahudi menyusup ke dalam barisan Syiah semenjak ajaran ini muncul, dengan tegas membela dan mencintai ahlul bait, namun ingin menghancurkan Islam dari dalam.
Ajaran Bahaiyyah dipelopori oleh seorang yang bernama Ahmad Al-Ahsai yang aslinya adalah seorang Yahudi Inggeris yang tinggal di Iran. Lalu dikembangkan oleh Ali Muhammad atau Muhammad Ali As-Syirazi, yang sebenarnya termasuk dalam golongan Syiah Imam Dua Belas, lalu keluar dan membentuk mazhab sendiri dan mengaku sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kemudian setelah itu mengaku kalau Allah telah menyatu dalam dirinya sehingga dia menjadi Tuhan Maha Suci Allah dari kedustaan yang dibuatnya.
Mirza Ali Muhammad yang diberi gelar Baba (Bapak) mulai dakwahnya tahun 1260 H (1844 M) di Syiraz iaitu Selatan Iran, yang katanya untuk memperbaiki keadaan  masyarakat saat itu. Kemudian mengaku menjadi utusan Allah dan membawa kitabnya Al-Bayan yang konon didalamnya syariat yang diturunkan Allah S.W.T. dan bahawa kerasulannya menghapus syariat Islam, dan membuat hukum-hukum bari bagi pengikutnya yang bertentangan dengan Islam seperti puasa hanya 19 hari dan menjadikan waktu istirahat yang disebut Hari Raya Nauruz.
Pengasas ajaran itu telah membuat satu muktamar di Badats di Iran tahun 1264 H (1848 M) menjelaskan tentang akidah kelompok ini dan  mengumumkan keluarnya dari Islam. Ajaran ini banyak ditentang ulama, bahkan mereka dikafirkan, namun setelah perang antara mereka dan kaum muslimin dia berjaya dikalahkan dan dihukum salib tahun 1265 H. Ajaran ini lebih sesat dari Qadiyani Mirza Ghulam Ahamd kerana juga mengingkari hari kiamat, syurga dan neraka dan menyerupai ajaran Brahmana dan Buddha, menggabungkan antara Yahudi, Nasrani dan Islam, ertinya menghapuskan perbezaan semua agama atau lebih dikenal sekarang dengan istilah Wihdatul Adyan.
Dan mereka melaksanakan haji ke UKA di Palestin, dimana markas mereka masih disana sampai sekarang menjadikan kiblat mereka ke UKA tempat dimana Baha atau khalifah mereka berada. Ajaran Bahaiyyah memiliki kitab sendiri yang disebut Al-Bayan dengan mengatakan bahawa kitab ini menghapus Al-Quran dan mengaku bahawa ini terdapat dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah:

çmyJ¯=tã tb$ut6ø9$# ÇÍÈ

Ertinya:  (Dia mengajarkannya Al-Bayan). (QS  Ar-Rahman : 4)

Yang dimaksudkan Al-Bayan adalah kitab yang dibawanya dan dia juga mengarang kitab lain yang berjudul  Al-Athrasy. Yang penting adalah mereka memiliki kesesatan yang banyak, dan berhasil menyebarkannya dan memiliki pengikut yang tidak sedikit ini kerana ajaran seperti ini tumbuh di Iran yang merupakan tempat yang subur bagi ajaran sesat seperti Ismailiyah dan Syiah yang merupakan pangkal ajaran sesat. Begitu pula ajaran ini didukung kekuatan penjajah. Iaitu yang tujuannya untuk membenarkan penjajahan mereka dan menghapuskan syariat jihad melawan penjajah seperti halnya Qadiyani. Setelah kematiannya, maka kepemimpinan  dilanjutkan oleh menterinya Baha Husain bin Mirza yang lahir di Iran tahun 1233 dan mati tahun 1309, lalu kelompok ini dikenal dengan Bahaiyyah dinisbatkan kepadanya.


CIRI-CIRI KESESATAN AJARAN BAHAI



Dalam setiap ajaran sesat itu pasti ada sesuatu kesesatan atau perkara yang bercanggah dengan akidah Islam dan pandangan Alhi Sunnah Waljamaah. Di antara kesesatan yang berlaku dalam ajaran bahai ialah:
a)      Beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.
b)      Beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai.
c)      Beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa (kekal).
d)     Beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi.
e)      Beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib.
f)        Mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut.
g)      Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka.
h)      Memansuhkan agama Islam.
i)        Menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru.
j)        Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atay diganti dengan bacaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali.
k)      Menghapuskan jihad.
  


KEPUTUSAN FATWA



·         Akidah
Tarikh Keputusan: 
 1 Jun, 2003
Keputusan: 
Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 adalah dengan ini disiarkan sebagai berikut :-
A. Bahawa Ajaran Bahai adalah ajaran sesat. Umat Islam yang terlibat dengannya boleh membawa kepada murtad. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang dan haram melibatkan diri dengannya dan siapa yang telah terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.
B. Pengharaman ini meliputi:
i. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (A) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah.
ii. Apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, bertulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di (A) di atas.
Oleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Ajaran Bahai, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.

Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Bahai dengan ajaran Islam."
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
 11 Dec, 2003
Nombor Rujukan: 
 No.JPBN:308/6
Akta/Enakmen: 
 No. 1,037


Disediakan oleh :

ZUL FIKAH BIN SARBINI (PID 11163)
MUHAMMAD AMALI BIN MOHD KHALID (PID 11108)
MUHAMAD HASIF HASANAIN BIN AHMAD SUFIAN (PID 11116)


9 comments:

  1. Setahu Saya agama bahai tidak menolak kewujudan syurga atau neraka... Tolong jangn dengan senang lenang hendak mengfitnah agama... Tidak bermaksud agama itu bukan agama Islam kamu nak kata itu agama sedat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala kau sah2 agama ni sesat

      Delete
    2. Kalau sesat kenapa United Nations membenarkan? Pakai otak sikit gais. Ke tk da otak sbnarnya?HAHAHAJKJKJKKS

      Delete
  2. Dah d istihar murtad mau juga. Reda sja lah.. Berani pilih berani tanggong le...

    ReplyDelete
  3. We should respect the beliefs of others as well as others respect our beliefs,bukannya asyik memfitnah sahaja.

    ReplyDelete
  4. Hmm.. Manusia suka memfitnah. Ada ke dalam al-Quran menyatakan memfitnah dan mengutuk itu perkara yang baik ?

    ReplyDelete
  5. Menfitnah semangnya bukan pekara baik
    Tapi mereka banyak bercanggah dengan akidah islam yang sebenar , hal ini menunjukan meraka Sesat , pekara yang sesat cakp sesat bukan fitnah , malahan perkara yang baik , menegakkan kebenaran mecegah kemungkaran

    ReplyDelete
  6. Hola. adalah info yg salah kat sini. "bukan penutup para nabi" ayat ini salah. bahai tak cakap ini. Nabi Mhd SWA adalah penutup nabi tapi bukan penutup rasul. pergi belajar beza antara nabi dan rasul. Lepas bahai MESTI AKAN ada rasul. rasul tidak ada penutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm aku x tau motif kau cam nk pertahankan ajaran sesat ni . Tapi aku faham . Maybe keturunankau dibesarkan ikut ajaran ni . So bila dh taat sgt kat bende merepek cam ni . Kau ni setia yg satu . Tapi bukanlah dekat ajaran ni tapi setia lh dkt org ok. Tak KESAH lh kawan ke , mak bapak ke , atok nenek ke (kalau hidup lagi lh)🗿

      Delete