Wednesday 18 July 2012

AJARAN SESAT HAJI BANUAR


LATARBELAKANG HAJI BANUAR

      Haji Banuar Roslan berasal dari Batu Pahat, Johor. Dia berhijrah ke Selangor untuk meneruskan kegiatannya rawatan tradisional kepada sesiapa yang memerlukan. Niat asalnya bertukar kepada penyebaran ajaran salah apabila terdapat pengikut taasub terhadapnya. Bahkan ada yang sanggup menyerahkan harta benda demi kesenangan tuan gurunya.
     Dipercayai Haji Banuar yang turut dikenali sebagai “ abah” di kalangan pengikutnya melarikan diri dari Pasir Gudang ke Selangor pada 1996, disebabkan hutang.

SEJARAH KEMUNCULAN AJARAN HAJI BANUAR

      Haji banuar Roslan ini lebih terkenal dengan kegiatan rawatan tradisional. Orang yang bermasalah kesihatan termasuk penagih dadah untuk meminta penawar daripadanya. Pernah suatu ketika terdapat hamper 100 orangb penagih dadah yang dating untuk menjalani rawatan.
    Menurut anak lelaki yang lebih dikenali sebagai Damak, rawatan tradisional adalah langkah terakhir untuk menghentikan tabiat penagihan dadah. Menurut anak sulung Haji Banuar itu, ayahnya bukanlah seorang dukun  tetapi oleh sebab mendapat sambutan ramai, merayu meminta bantuan, maka ayahnya terpaksa lakukan.
   Anaknya hairan mengapa ayahnya menjadi pilihan sedangkan terdapat banyak tempat lain yang menjalankan rawatan pemulihan dadah di Negara ini. Selain mengubati penagih dadah, Haji Banuar juga dikatakan mampu merawat pelbagai  jenis penyakit.
     Dalam rawatan itulah dia menyampaikan ilmu yang menyalahi ajaran islam. Berlaku konflik antara Haji Banuar dan penduduk kampong kerana penduduk kampong mahu Hj.Banuar berpindah dari kampong mereka. Di dalam pertemuan dengan orang kampong, Haji Banuar cuba menjelaskan bahawa beliau menerima ilmu Laduni dan akan mendapatkan harta dalam berupa wang melalui kuasa ghaib.
   Menurutnya, harta itu akan digunakan untuk menubuhkan Yayasan Kebajikan di Johor. Dengan penjelasan itu isu perpindahan menjadi kecil dan tenggelam begitu sahaja. Walaupun tempoh perpindahan diberi, aktiviti pengubatan tetap berjalan seperti biasa. Sebagai orang yang dipercayai dan dihormati, Haji Banuar mengukuhkan kedudukannya dengan mengadakan kelas agama untuk pesakit dan pengikutnya.
    Biasanya kelas pengajian diadakan setiap malam Jumaat, Hari Ahad dan cuti umum. Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Perbandaran Klang melancarkan operasi merobohkan dua premis ajaran sesat di Meru, Klang. Salah satu daripada ajaran sesat tersebut yang dikenali sebagai Ajaran Banuar Bikini dipercayai cuba dihidupkan semula di johor dan Pahang. Sebagai makluman ajaran Banuar Bikini difatwakan sesat pada tahun 2000 dan pengasasnya Haji Banuar Roslan telah dibuang daerah pada 2003 ke Pontian, Johor.

AMALAN HAJI BANUAR

     JAIS sudah lama memantau perkembangan Haji Banuar itu akhirnya membuat serbuan. Aktiviti dan amalannya telah dikesan jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Antara amalannya ialah:
1.      Dia sering megucup dahi atau mencium pipi pengikut wanita yang kononnya akan memperoleh keberkatan.
Pengikutnya yang bukan mahram digalakkan memicit atau mengurut badannya.tujuannya supaya kulit saling bersentuhan agar mengalir berkat daripada tubuhnya ke badan pesakit.

AJARAN HAJI BANUAR BIN ROSLAN

            Dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam jadual.
Ajaran Haji Banuar bin Roslan didapati menyeleweng daripada ajaran islam yang sebenar.
Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati:
a)      Mencampuradukkan antara amalan kebatinan dengan agama untuk menarik perhatian seperti ilmu sihir. Melalui pengubatan yang beliau jalankan didapati beberapa pasangan suami isteri telah bercerai.

b)      Haji Banuar bin Roslan mendakwa tidak perlu sembahyang jumaat jika ada urusan yang lebih penting dan semua sembahyang fardhu boleh dijamakkan.

c)      Haji Banuar bin Roslan mengaku telah menerima Ilmu Laduni terus dari Allah di Kaabah semasa mengerjakan haji. Ketika die menjalankan rawatan dikatakan mendapat ilham daripada Allah melalui makrifat.

d)     Mengeksploitasikan agama untuk kepentingan peribadi seperti menggunakan kuasa sihir seluruh pengikut diminta patuh dan mengeluarkan harta benda seperti wang ringgit kepada guru sebagai satu pengorbanan.

e)      Mendakwa mengamal ilmu perubatan tradisional sahaja. Dia lebih mengutamakan perubatan tradisional khususnya terhadap pesakit wanita termasuklah isteri orang dengan menggunakan kuasa ghaib.
 
f)      Mengadakan majlis zikir yang didakwa mengambil daripada tarekat.

g)      Mendakwa boleh menembak dan menangkap jin.


Dunia adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam, justeru itu sediakanlah perahu untuk belayar dan ia adalah taqwa kepada Allah.
( Luqmanul Hakim )
 

9 comments:

  1. subhanallah...ya Allah ya Rahman ya Rahim...selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...jauhkanlah kami dari azab api neraka...sesungguhnya Engkaulah maha mengetahui segala-galanya...

    ReplyDelete
  2. siapa2 yg telus hatinya dgn Allah swt. jgn malu jgn sgn silalh dtg sendiri brmuzakarah dgn hj banuar sila periksa dimana ajrnnya yg sesat lg mentesatkn...sya sdh pereksa selama 5 tahun , tiada satupun ajrnnya yg sst...malah amat mmbantu masyarakt Islam sini mahupun luar negara...justru tlg brhati2 trhdp penyyebr2 fitnh masa kini....sila brhdpn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bull shit... janda aku dan anak aku di simpan oleh org dlm dri jabatan jaij ke tempat markas dia di lokasi kg rahmat kulai belakang hentian kulai h/way plus... org dalam bahagian kauseling untuk di kauseling janda aku utk di jadikan bini last2 dah dapat hampas di buang... dua dua bebal..

      Delete
  3. saya telah pergi ke Kulai, Johor. Tempat di mana Hj Banuar menetap di sana. Apa yg saya nampak beliau memberi tempat tinggal dan makan kepada mrk yg susah, penagih dadah serta ibu tunggal. Dan beliau dan anaknya tidak pernah meminta duit. Tetapi kalau kita nak sedekah beras atau apa terpulang kepada kita. Saya alu2kan kepada penulis blog untuk bermuzakarah dgn Banuar dan Anakya untuk mendapat keterangan yg lebih jelas... wallahualam..

    ReplyDelete
  4. Haji banuar tu xsesat la... dia byk tolong org yg ada mcm2 masalah. Dia xpnah pon suruh perkara yg menyalahi akdah. Cuma suruh zikir je. Tu pon sesat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak dah dapat sedap dri dia memang lah cakap camtu...

      Delete
  5. Fitnah itu lagi teruk dari membunuh

    ReplyDelete
  6. Akhir Zaman.. Yang Benar Didustakan,Yang Dusta Dikatakan Benar!

    ReplyDelete