Sunday 12 August 2012

AJARAN HAJI KAHAR BIN HAJI ABDUL JALAL

LATAR BELAKANG HAJI KAHAR


1. Beliau dilahirkan pada  27.4.1950 dan berasal dari Hulu Kelang, Selangor.

2. Tahap pendidikan beliau sehingga darjah lima sekolah Melayu.

3. Beliau belajar agama dari ayahnya yang menjadi imam masjid Hulu Kelang dan pernah pergi ke Mekah beberapa kali membawa jemaah haji.

4. Beliau membuat ceramah ajaran di rumah beliau No. 44, Kg. Kemesah, Hulu Kelang, Selangor.

5. Pada setiap hari Jumaat, mereka akan berkumpul di rumah tersebut menghuraikan dan membincangkan hal ehwal Al-Quran dan agama sebagai ganti solat Jumaat.

6. Pengikut yang terlibat hampir 20 orang disekitar Lembah Kelang dan sebahagian daripada mereka kakitangan kerajaan.




CIRI KESALAHAN HAJI KAHAR 




1. Beliau mengaku dirinya sebagai Rasul atau "Utusan Allah". Dia mendakwa Rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah.

2. Beliau mengaku menerima wahyu daripada Allah yang diturunkan di Bukit Kemensah dan diturunkan dalam keadaan sepertimana dialami oleh Rasulullah S.A.W.

3. Sembahyang lima waktu adalah tidak wajib. Pada dia "sembahyang" itu memadai dengan membuat kebaikan dan menjauhkan diri dari perkataan mungkar.

4. Dia tidak percayakan Al-Ouran yang ada sekarang ini sebagai Al-Ouran yang sebenarnya. Pada dia, Al-Ouran yang ada sekarang adalah sebagai catatan sahaja. Al-Quran yang sebenarnya berada di atas langit iaitu di Loh Mahfuz.

5. Dia tidak percayakan Hadis. Pada dia, Hadis yang ada sekarang hanyalah rekaan manusia yang dibuat selepas wafat Rasulullah S.A.W.

6. Orang Islam tidak perlu mengerjakan ibadah haji ke Mekah. Ibadah haji boleh di mana-mana sahaja di bumi Allah. Pada dia pergi ke Mekah dan ke Arab Saudi hanya untuk melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah S.A.W.

7. Dia mendakwa ada mempunyai mukjizat. Mukjizat ini berlaku semasa beliau berada di Bukit Kemensah. Di peristiwa yang pertama hari itu hari hujan, tetapi dia tidak kena hujan. Di peristiwa yang kedua, pada hari panas tetapi dia tidak merasai panas.

8. Mengarang buku "Al-Ouran Pembeda" yang bercanggah dengan Islam.



SERBA SEDIKIT TENTANG BUKU "AL-QURAN PEMBEDA".




1. Muka surat 12. "Apakah itu Al-Quran?"Al-Quran adalah pengetahuan Allah yang diturunkannya melalui Malaikat Jibrail kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki di antara hamba-hamba-Nya".


2. Muka surat 24. Apakah itu Rasul?Rasul adalah penyampai ayat-ayat-Nya yang diturunkan kepada nabi-nabi seperti menjelaskan ayat-ayat-Nya dengan terang."Rasul adalah seorang lelaki di antara manusia dan jin. Rasul-rasul menjelaskan ayat-ayat-Nya serta Hikmah dan Al-Kitab. "Rasul memimpin kaumnya daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya keimanan, Rasul tidak mengikuti yang lain kecuali wahyu daripada Allah. Rasul-Rasul tidak membezakan di antara Rasul-Rasul dan nabi-Nabi, Rasul menyuruh menyembah Allah semata-mata, dan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa jua pun, Rasul diutus oleh Allah ke setiap negeri, setiap bangsa, setiap kaum, setiap golongan, setiap zaman.Rasul diutus oleh Tuhan menyampaikan ayat-ayat-Nya di dalam bahasa kaumnya sendiri."

3. Muka surat 27 -28 "Hukum-Hukum Terhadap Rasul 5.2. (i) Perintah surah· Menghadirkan diri terhadap majlis Rasul. Merendahkan suara di hadapan Rasul.· Menjadikan Rasul sebagai pemimpin ummah.· Menerima Rasul sebagai perutusan daripada Allah.· Membenarkan Rasul menerima wahyu daripada Allah.· Membenarkan Rasul-Rasul sebagai menyempurnakan agama Allah (Islam) serta menyebarkannya kepada umat dan kaumnya.· Hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Rasul jika ada sesuatu urusan atau hal ketika berada di dalam majlis Rasul.

4. Muka surat 29 -30 5.3 Apakah Itu Nabi?"NABI menerima kitab daripada Allah iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran. Nabi adalah seorang manusia biasa yang diturunkan kepadanya sebuah kitab untuk seluruh manusia dan seluruh alam.Nabi adalah orang yang mula-mula menerima petunjuk atau Kitab Allah dan yang menjadi Rasul dan ada yang tidak menjadi Rasul.Nabi boleh menjadi Rasul, tetapi Rasul tidak boleh menjadi Nabi. nabi adalah contoh dan saksi bagi Rasul-Rasul dan orang yang beriman. Nabi menjadi saksi kepada Rasul-rasul, sementara Rasul-Rasul menjadi saksi bagi kaumnya. Dan Allah menjadi saksi keseluruhannya. "

5. Muka Surat 31 Apakah itu Hadis?"HADIS adalah kisah seseorang yang diceritakan oleh orang lain kepada seseorang, kemudian keterangan tersebut dicatatkan oleh orang lain. Umpamanya, kisah tentang kehidupan Nabi Muahmmad s.a.w. iaitu cerita di atas cerita.Keterangan tersebut bukannya wahyu daripada Allah yang datang dari sisi Allah. la adalah dari perkataan manusia biasa. Yang membuat keterangan tersebut iaitu perawi. perawi tentang diri Nabi Muhammad s.a.w. Perawi-perawi itu bukanlan terdiri daripada nabi-Nabi atau Rasul-Rasul yang dilantik oleh Allah.Hadis bukanlah pengetahuan daripada Allah. la adalah mengikut pandangan atau pendengaran seseorang atau satu-satu kebenaran yang datangnya daripada sangkaan akal manusia. la bukanlah firman Allah.Hadis-hadis tersebut adalah yang sebenarnya datang daripada sangkaan satu angan-angan kosong ahli-ahli kitab yang terdahulu. la bukanlah benar-benar kebenaran yang diyakini seperti Al-Quran atau kitab-kitab Allah. Hadis-hadis kebanyakannya membuat keterangan palsu terhadap Nabi Muhammad s.a.w."



TINDAKAN



Pada 8.4.1991, Hj. Kahar b. Ahmad bersama 4 orang pengikut telah didakwa di bawah seksyen 150 UPAI Sel kerana tidak bersolat Jumaat dan dikenakan denda RM300 atau 2 bulan penjara.




FATWA


Ajaran Salah Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal
·         Akidah
Tarikh Keputusan: 
 3 Jan, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 
Ajaran Salah Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal
Keputusan: 
(a) bahawa Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal telah membawa ajaran ilmu salah kerana telah menyeleweng daripada akidah dan hukum syariat Islamiah yang sebenar dan telah membuat penghinaan kepada para ulama yang muktabar;
(b) buku yang dikarang oleh beliau bertajuk 'Al-Furqaan-Pembeda' juga adalah haram daripada dicetak, diedar, dibaca, disimpan dan digunakan oleh orang ramai; dan
(c) orang ramai adalah dilarang mengamalkan ajaran tersebut serta menyebarkannya.

Status Penwartaan: 
 Diwartakan

Tarikh Diwartakan: 
 25 Jan, 2007

Nombor Rujukan: 
 [PMWP/100/20 klt 2;PN(PU²)530/IV

Akta/Enakmen: 
 Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993
Negeri/Group: 
·         WP Kuala Lumpur


DISEDIAKAN OLEH KAMI :

-MOHD AMIR SYAKIR BIN MOHD SUFIAN.

-MOHAMMAD HAFIZ ASYRAF BIN ABU BAKAR.

-MOHD IZWAN BIN MOHD SUHAIMI.

(DAKWAH KUMPULAN 1, SEMESTER 3)


Wednesday 18 July 2012

AJARAN SESAT HAJI BANUAR


LATARBELAKANG HAJI BANUAR

      Haji Banuar Roslan berasal dari Batu Pahat, Johor. Dia berhijrah ke Selangor untuk meneruskan kegiatannya rawatan tradisional kepada sesiapa yang memerlukan. Niat asalnya bertukar kepada penyebaran ajaran salah apabila terdapat pengikut taasub terhadapnya. Bahkan ada yang sanggup menyerahkan harta benda demi kesenangan tuan gurunya.
     Dipercayai Haji Banuar yang turut dikenali sebagai “ abah” di kalangan pengikutnya melarikan diri dari Pasir Gudang ke Selangor pada 1996, disebabkan hutang.

SEJARAH KEMUNCULAN AJARAN HAJI BANUAR

      Haji banuar Roslan ini lebih terkenal dengan kegiatan rawatan tradisional. Orang yang bermasalah kesihatan termasuk penagih dadah untuk meminta penawar daripadanya. Pernah suatu ketika terdapat hamper 100 orangb penagih dadah yang dating untuk menjalani rawatan.
    Menurut anak lelaki yang lebih dikenali sebagai Damak, rawatan tradisional adalah langkah terakhir untuk menghentikan tabiat penagihan dadah. Menurut anak sulung Haji Banuar itu, ayahnya bukanlah seorang dukun  tetapi oleh sebab mendapat sambutan ramai, merayu meminta bantuan, maka ayahnya terpaksa lakukan.
   Anaknya hairan mengapa ayahnya menjadi pilihan sedangkan terdapat banyak tempat lain yang menjalankan rawatan pemulihan dadah di Negara ini. Selain mengubati penagih dadah, Haji Banuar juga dikatakan mampu merawat pelbagai  jenis penyakit.
     Dalam rawatan itulah dia menyampaikan ilmu yang menyalahi ajaran islam. Berlaku konflik antara Haji Banuar dan penduduk kampong kerana penduduk kampong mahu Hj.Banuar berpindah dari kampong mereka. Di dalam pertemuan dengan orang kampong, Haji Banuar cuba menjelaskan bahawa beliau menerima ilmu Laduni dan akan mendapatkan harta dalam berupa wang melalui kuasa ghaib.
   Menurutnya, harta itu akan digunakan untuk menubuhkan Yayasan Kebajikan di Johor. Dengan penjelasan itu isu perpindahan menjadi kecil dan tenggelam begitu sahaja. Walaupun tempoh perpindahan diberi, aktiviti pengubatan tetap berjalan seperti biasa. Sebagai orang yang dipercayai dan dihormati, Haji Banuar mengukuhkan kedudukannya dengan mengadakan kelas agama untuk pesakit dan pengikutnya.
    Biasanya kelas pengajian diadakan setiap malam Jumaat, Hari Ahad dan cuti umum. Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Perbandaran Klang melancarkan operasi merobohkan dua premis ajaran sesat di Meru, Klang. Salah satu daripada ajaran sesat tersebut yang dikenali sebagai Ajaran Banuar Bikini dipercayai cuba dihidupkan semula di johor dan Pahang. Sebagai makluman ajaran Banuar Bikini difatwakan sesat pada tahun 2000 dan pengasasnya Haji Banuar Roslan telah dibuang daerah pada 2003 ke Pontian, Johor.

AMALAN HAJI BANUAR

     JAIS sudah lama memantau perkembangan Haji Banuar itu akhirnya membuat serbuan. Aktiviti dan amalannya telah dikesan jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Antara amalannya ialah:
1.      Dia sering megucup dahi atau mencium pipi pengikut wanita yang kononnya akan memperoleh keberkatan.
Pengikutnya yang bukan mahram digalakkan memicit atau mengurut badannya.tujuannya supaya kulit saling bersentuhan agar mengalir berkat daripada tubuhnya ke badan pesakit.

AJARAN HAJI BANUAR BIN ROSLAN

            Dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam jadual.
Ajaran Haji Banuar bin Roslan didapati menyeleweng daripada ajaran islam yang sebenar.
Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati:
a)      Mencampuradukkan antara amalan kebatinan dengan agama untuk menarik perhatian seperti ilmu sihir. Melalui pengubatan yang beliau jalankan didapati beberapa pasangan suami isteri telah bercerai.

b)      Haji Banuar bin Roslan mendakwa tidak perlu sembahyang jumaat jika ada urusan yang lebih penting dan semua sembahyang fardhu boleh dijamakkan.

c)      Haji Banuar bin Roslan mengaku telah menerima Ilmu Laduni terus dari Allah di Kaabah semasa mengerjakan haji. Ketika die menjalankan rawatan dikatakan mendapat ilham daripada Allah melalui makrifat.

d)     Mengeksploitasikan agama untuk kepentingan peribadi seperti menggunakan kuasa sihir seluruh pengikut diminta patuh dan mengeluarkan harta benda seperti wang ringgit kepada guru sebagai satu pengorbanan.

e)      Mendakwa mengamal ilmu perubatan tradisional sahaja. Dia lebih mengutamakan perubatan tradisional khususnya terhadap pesakit wanita termasuklah isteri orang dengan menggunakan kuasa ghaib.
 
f)      Mengadakan majlis zikir yang didakwa mengambil daripada tarekat.

g)      Mendakwa boleh menembak dan menangkap jin.


Dunia adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam, justeru itu sediakanlah perahu untuk belayar dan ia adalah taqwa kepada Allah.
( Luqmanul Hakim )