Wednesday 20 June 2012


AJARAN SESAT: HAJI GHAZALI BIN OTHMAN



Fatwa Keatas Ajaran Haji Ghazali

WARTA DITERBITKAN DENGAN KUASA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
KUASA PEMERINTAH
SEL.P.U.33 ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM,1989 FATWA TENTANG
AJARAN HAJI GHAZALI BIN OTHMAN
En.21/1989PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Mufti bagi negeri Selangor,selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’.membuat fatwa yang dinyatakan dalam jadual.

Jadual

1
Amalan Haji Ghazali Bin Othman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian,umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
2
Orang–orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Haji Ghazali Bin Othman di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahuwata’alla. Dibuat pada 15hb September 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jidil IV;P.U.Sel.AGM/0007]

Negara asal : Malaysia
Negeri : Selangor
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Negeri Selangor
Penulis/Ulama : Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom, Mufti, Negeri Selangor
Tarikh Diisu : 26th August 1995
Nota: 28th September 1995

Ciri-Ciri Ajaran Haji Ghazali Bin Othman.


Sedia maklum bahawa Haji Ghazali telah menuntut ilmu tarikat dengan seorang guru di Lembah Klang yang merupakan ajaran tasawuf.


Antara ciri-ciri ajaran Haji Ghazali yang terpesong ialah:


1.      Berdasarkan ilmu tasawuf, ia terbahagi kepada empat(4) bahagian iaitu syariat,tarikat,hakikat dan makrifat.


Di peringkat syariat, pelaksaannya oleh orang Islam yang berada peringkat awam dengan melaksanakan perkara-perkara fardu, tarikat dan wirid serta zikir pada setiap malam jumaat dan waktu-waktu lain. Apabila sudah sampai ke tahap peringkat hakikat,syariat tidak perlu di pakai lagi bermakna tidak perlu melaksanakannya lagi seperti sembahyang dan puasa . Setelah seseorang itu sampai ke tahap makrifat ,dia tidak akan melakukan kesalahan walaupun perkara yang kecil dan semua perbuatannya adalah betul dan benar.


2.      Haji ghazali membawa ajaran martabat tujuh dan wahdatul wujud.


Ajaran martabat tujuh telah diasaskan oleh seorang lelaki yang berasal dari Banting,kuala Langat. Beliau bernama Hamzah Bin Embi yang berumur 45 tahun dan memiliki 4 orang isteri. Antara ciri-ciri ajaran martabat tujuh ini ialah:


                                   i.            Syeikh Hamzah Embi mengakui mendapat keistimewaan luar biasa atau karamah seperti bergaduh dengan hantu semasa menziarahi orang mati  tetapi menurutnya orang ramai tidak dapat melhat hantu hanya dia sahaja yang dapat melihatnya.


                                 ii.            Mengamalkan ilmu kebatinan dalam mengubat penyakit dan menyatakan ilmu kebatinan tidak salah disisi Islam.


                               iii.            Beliau dapat melihat pahala,syurga ,dosa dan neraka.


                               iv.            Mendakwa ajaran atau anutan meraka sahaja yang benar berbanding dengan ajaran-ajaran yang lain. Bagi meraka,sesiapa yang berani menyatakan ajaran yang dibawa oleh syeikh hamzah ini sesat, maka orang itulah yang sesat.


                                 v.            Syeikh Hamzah Embi tidak perlu melaksanakan solat jumaat kerana beliau mendakwa dirinya telah menunaikan solat jumaat di Mekah dan beliau beranggapan bahawa dirinya lebih tinggi martabat dari imam-imam yang ada.


Ajaran wahdatul wujud


Ajaran sesat ini mendakwa sudah sampai kepada Allah SWT dan mencapai darjat makrifat,lalu mendakwa bahawa dirinya sebagai tuhan kerana tuhan wujud dalam setiap makhluk. Hasil daripada dakwaan itu, mereka mendakwa tidak perlu lagi melakukan syariat dan ketaatan kerana mereka adalah tuhan atau tuhan sudah wujud dalam diri mereka


3.      Haji ghazali telah mengamalkan taubat hakikat yang perlu dilakukan hanya sekali sahaja selama hidup di dunia ini.


4.      Beliau berpendapat bahawa hajaru aswad di Baitullah merupakan kemaluan perempuan pada hakikatnya.


5.      Beliau juga berpendapat bahawa kemaluan lelaki pada hakikatnya ialah matahari.


6.      Beliau telah menyatakan bahawa Nabi Adam diturunkan ke bumi bukan kerana hukuman atas kesalahan melanggari perintah Allah SWT tetapi kerana Nabi Adam dinaikkan pangkat kepada sufi.


7.      Dalam upacara perkahwinan juga turut diubah,beliau mengamalkan nikah batin dan mempunyai isteri hakikat. Sekiranya mendapat anak melalui pernikahan batin, maka anak itu dinamakan anak hakikat.


8.      Dosa dan pahala tidak ada bagi orang yang berada diperingkat hakikat.


9.      Beliau juga mengajar ilmu secara rahsia dan menyatakan  mana-mana orang yang membuka rahsia ajaranya kepada orang lain dikatakan akan menurunkan bala.


10.  Syeikh Razali(Haji Ghazali) lebih suka mengajar orang perempuan dan sesi pembelajarannya mestilah seorang sama seorang di dalam bilik. Perempuan-perempuan pernah dikucup dahi di depan suaminya sendiri.


11.  Anak murid yang perempuan disuruh menguruskan dirinya dan melakukan perkara-perkara yang curang hingga ramai perempuan yang terpengaruh dengan beliau dan tidak melaksanakan lagi tangunggungjawab kepada suamin mereka sendiri.


12.  Beliau pernah menyuruh isteri kepada seorang pengikutnya mengugurkan kandungan yang berumur 2 bulan bagi mendapatkan benih anak hakikat.




Tindakan yang diambil


Haji Ghazali Bin Othman telah menyebar satu ajaran yang telah terpesong diatas dasar Islam yang sebenar. Ajaran yang dibawa sangatlah bahaya bagi akidah umat islam kerana ajaran tersebut memperkecilkan hal-hal agama dan melanggar perintah Allah SWT sesuka hati. Bagi orang yang inginkan kemudahan dalam kehidupan dan tidak mahu terikat dengan suruhan dan larangan agama Islam ,pasti akan memilih ajaran Haji Ghazali kerana hanya perlu berzikir sehingga mencapai tahap makrifat  yang tidak perlu lagi melaksanakan suruhan agama seperti sembahyang dan puasa.


Pada 23 April 1995 , Jabatan Agama Islam Selangor telah melakukan serbuan ke rumah beliau dan membuat penangkapan pada jam 3.00 pagi. Semasa beliau ditangkap di rumahnya, beliau sedang bersama dengan seorang isteri pengikutnya.


Pada 12 Mei 1995, dua orang pengikutnya telah melaporkan kepada BAHEIS dan JAIS secara menyeluruh mengenai ajaran Haji Ghazali. Hasil daripada perjumpaan dan maklumat yang diberikan ,Haji Ghazali didapati mempunyai pengikut yang sangat taksub dengannya sehingga boleh mengancam keselamatan dan menghancurkan agama serta akan membawa porak peranda kepada rumahtangga. Selain itu, beliau juga melakukan penghinaan terhadap agama,memesongkan akidah dan boleh membawa kepada keluar Islam kerana menghalalkan yang haram  dan tidak menganggap wajib perkara yang wajib dalam agama.




Post By:


             MOHD DZULFAQAR BIN IBRAHUM (PID10268)
             MEOR HIZWANI BIN MEOR MOKHTAR (PID10256)
             MOHD AIZAT BIN RAHIM (PID10280)

9 comments:

  1. Saya rasa post ni dah lama dan kes dah selesai.rasa ya ada baiknya jika pemikik akaun ni padam post ni kerana tak elok lah jika sesuatu yg org dan menginsafi tapi masih twrtulis

    ReplyDelete
  2. Buat apa nak padam. Pengetahuan supaya yg tidak berilmu tidak sesat kerana tiada atau kekurangan ilmu.

    ReplyDelete
  3. Tak perlu padam. Sebab walaupun kalau mereka dah insaf pun, remaja2 dan org jahil serta yg taksub dengan ajaran hakikat makrifat makin ramai. Ajaran ni dah tersebar sampai ada yang anggap ajaran hakikat makrifat lah islam yg sebenar. Makin teruk. Dulu dpt dibendung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu padam... Kalau tak anak muda tak tahu asal usul agama sesat ni...

      Delete
  4. Boleh saya tahu apa nama² pengikut Haji Ghazali Othman tu? Yang ada 43 orang pengikut dia tuu

    ReplyDelete
  5. Knpe pula suruh padam? Biarkan tulisan ni kekal smpai kiamat..biar org luar sana tahu betapa jijiknya ajaran sesat ni... yg halal, d haramkan, yg haram, d halalkan.. boleh pula dah smpai hakikat makrifat, tak payah buat syariat.. Rasulullah SAW yg paling tinggi di sisi Allah pun, snggup solat sampai bengkak kaki beliau..teruskan usaha kita banteras ajaran2 sesat ni.. selamatkan akidah kita!!!!

    ReplyDelete
  6. Dosa yang paling besar adalah FITNAH

    ReplyDelete