Wednesday 20 June 2012


ILMU HAKIKAT AJARAN HASSAN BIN JONIT

Keputusan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa)

Negeri Perak Darul Ridzuan Mengenai



1.      FATWA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

·        Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 34(1)Enekmen pentadbiran Agama Islam 1992(En.2/92) dan dibaca bersama seksyen37.

·         Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 15 Syaaban 1423 bersamaan 22 Oktober 2002 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan seperti berikut.

·         Keputusan
            Bersama ajaran dan amalan Ilmu Hakikat (Hassan Bin Jonit) adalah sesat dan terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan   ajaran   itu.


2.      LATAR BELAKANG

            2.1 Biodata Guru.

            Hassan bin Jonit dilahirkan di Melaka, bekerja sebagai penjual sayur dan menetap di            alamat No. 14, Jalan 6/5, Taman Tasik Tambahan, 68000 Ampang, Selangor. Beliau telah    berkahwin sebanyak tiga kali, dua orang isteri telah diceraikan kerana beliau mendakwa           isterinya tidak mahu mengikut ajarannya. Isteri ketiga sekarang bernama Jariah bt. Hasan dan      mempunyai 4 orang anak. Pendidikan awal beliau ialah Sek. Agama, Pontian Kecil,   Johor   sehingga darjah 3, Sekolah Melayu Melaka sehingga darjah 3.

            2.2 Lokasi dan Pengikut

            Ajaran ini berpusat di Batu 450, No. 20, Kampung Melayu, Jalan Kilang Papan, Kampung Batu Arang, 48050 Rawang Selangor. Markaz ini digunakan untuk sembahyang dan tempat pengajian. Dari maklumat yang diterima, pengikut beliau  dianggarkan seramai 100-150 orang  di seluruh Negeri Selangor. Kebanyakkan pengikutnya tidak mempunyai asas pengajian agama yang kukuh.


3.      CIRI-CIRI AJARAN HASAN BIN JONIT[1]

     3.1 DARI SEGI AKIDAH.

`           3.1.1 Bertemu Dengan Allah :-

            Beliau mendakwa bertemu dengan Allah melalui Ilmu Hakikat. Ini dijelaskan oleh Imam      Masjid Jamek Kampung Batu Arang iaitu Mohd Zainuddin.

            3.1.2 Bertemu Nabi Muhammad :-

            Beliau juga mendakwa bertemu dengan Nabi Muhammad ketika mengangkat nafas atau       dengan istilah (Tanaffus). Setiap kali bertemu dengan Nabi Muhammad beliau akan mencatatkan    tarikh pertemuan tersebut.

            3.1.3 Boleh Tafsir Mimpi :-

            Pada kebiasaannya apabila mereka mengadakan pengajian di markas, mana-mana pengikut yang tidak dapat pulang akan bermalam di markaz. Pada waktu pagi selepas solat subuh mereka         akan maemperkatakan tentang mimpi masing-masing kepada Hassan untuk ditafsirkan.

            3.1.4 Dahi Hitam Tanda Bela Jin :-

            Kebiasaannya seseorang yang rajins embahyang dapat dilihat dengan jelas dahinya akan      menjadi hitam disebabkan lama bersujud. Namun mengikut Hasan, orang yang mempunyai tanda      tersebut adalah orang yang ada membela jin.

            3.1.5 Solat Pejam Mata :-

            Ajaran ini menjelaskan bahawa solat hendaklah menutup mata samaada solat fardhu atau     sunat.Beliau mendakwa adalah menjadi kesalahan terhadap Allah s.w.t apabila menunaikan solat         dengan mata terbuka. Sesiapa yang menunaikan solat dalam keadaan mata terbuka sekiranya          menjadi imam nampak seperti khinzir.

            3.1.6 Menolak Hari Akhirat :-

            Beliau berpendapat bahawa kebenaran Hari Akhirat yang  dijelaskan di dalam Al-Quran       adalah tidak benar. Oleh itu, beliau meminta semua pengikutnya menolak adanya Hari Akhirat.

            3.1.7 Dilarang Berdoa Untuk Orang lain :-

            Di antara Ajaran lain yang telah diperkenalkan oleh Hassan iaitu, melarang pengikut-pengikutnya    mendoakan untuk orang lain, ini adalah disebabkan seseorang itu hanya layak mendoakan untuk dirinya sendiri sahaja. Beliau mendakwa hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak mendoakan seseorang yang lain.

            3.1.8 Wakil Guru Dari Luh Mahfuz :-

            Hassan Bin Jonit mendakwa bahawa beliau adalah wakil guru dari Luh Mahfuz yang dilantik khas ke bumi iaitu Baladil Amin, beliau juga mendakwa bahawa bagi orang-orang yang mempercayai dan mengikuti pengajaran beliau akan selamat dunia dan akhirat.

            3.1.9 Wakil Guru Seluruh Dunia :-

            Selain dari mengakui beliau sebagai 'Wakil Guru Dari Luh Mahfuz' Hassan juga        mendakwa bahawa Nabi Muhammad telah memberikan dan mengijazahkan segala ilmunya kepada beliau. Segala ilmu Nabi Muhammad juga diberikan kepada beliau sahaja di dalam dunia ini.

            3.2.0 Salah Tafsir Al-Quran :-

            Kebanyakkan Ulama'-ulama' tafsir tidak memaknakan dan hanya menyerah kepada Allah    sahaja mengenai ayat-ayat potong di permulaan Surah seperti( الـم ), ( الر ) tetapi bagi Hassan beliau telah memberikan makna dan erti yang tertentu, ini terdapat di dalam kitabnya bertajuk (Amalan Tauhid, Bab Guru m.s 71/74), ( كهيعص) yang memberi erti (yang menjaga dakwah diri kami di belakang hari).

            3.2.1 Mencabar Pihak Berkuasa Agama :-

            Untuk menegakkan kebenaran ajaran beliau, beliau mencabar Pihak 8erkuasa Agama dengan mendakwa sekiranya Pihak berkuasa Agama mengambil tindakan terhadapnya beliau akan  menurunkan malaikat untuk menghancurkan mana-mana pegawai agama yang mengambil tindakan terhadap beliau. Beliau juga mendakwa bahawa semua ilmu yang ada pada beliau telah mendapat kepujian daripada Allah S.W.T.

            3.2.2 Mengarang Buku Yang Bertentangan dengan Hukum Syarak :-

1. Bab Hakikat 211
2. Bab Fatehah 178
3. Bab Alhamdu 95
4. Bab Bismillah 117
5. Bab Al Quran dan Kitab 134
6. Bab Takbiratul Ehram 142
7. Bab Sembahyang 154
8. Bab Kaum Ibu 86
9. Bab Roh / Nyawa 167
10. Bab Ma'ni 198
11. Bab Nabi 1 125
12. Bab Nabi 2 188
13. Bab Tauhiduz Zat 1 167
14. Bab Tauhiduz Zat 2 186
15. Bab Guru 58
16. Bab Sifat 186
17. Bab Ma'rifat 85
18. Bab Hati 105
19. Mukaddimah Bagi Orang Baru 40



          3.2 DARI SUDUT ILMU FEKAH.

         3.2.1 Mandi Wajib Dengan Celup Jari :-

            Mengikut Ilmu Hakikat, tidak perlu melakukan kaifiat mandi wajib sepertimana yang           dijelaskan oleh  ulama Fekah. Cukup dengan mencelupkan jari kita di dalam air beserta niat.

            Sehubungan dengan itu, Ajaran Ilmu Hakikat Hasan Bin Jonit ini sangat menyalahi syariat islam yang dibawa oleh nabi s.a.w. Oleh itu kami menyeru kepada umat islam supaya menghindari Ajaran Hasan Bin Jonit yang membawa kepada kerosakan Aqidah IslamYang Sebenar.Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Al-Maidah, Ayat 3 :-

            “ Pada hari ini Aku sempurnakan agama kamu, dan aku sempurnakan nikmatKu keatas kamu                dan aku redha agama Islam sebagai agama mu.”  

4.      PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN

            Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 12 Februari 1998 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :-

            “ Bahawasanya Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor telah memutuskan Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah Islam. Segala bentuk buku  dan risalah terbitannya adalah haram dan boleh membawa kesesatan. Umat  Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali ke ajaran  Islam yang sebenar ”.



Post By:

            FADRUL AZIM BIN ABDYL BASIR (PID10253)

            MOHD SAFWAN SALLEH BIN SIBIL (PID10252)

            MUHD NUR SALAM IMAN BIN ISMAIL (PID10273)



[1] Ajaran Sesat,Mengenali Ajaran Yang Terpesong, Engku Ahmad Zaki Engku Alwi,PTS Iman Sdn Bhd, m/s 169


11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara yuzairie, memang betul saudara ckp. Mereka mesti dengar lebih mendalam dan penjelasan tentang ilmu hakikat dari Arwah Ustaz Hassan Bin Jonit. Ia amat rugi besar jika tidak belajar ini ilmu. Rata2 manusia hidup dibawa cahaya api neraka. Dan apa yang dijelas kan oleh Jabatan Agama Islam, ia tidak benar. Ia menfitnah kan seseorang itu atas agama Nabi Muhammad SAW. Cuma saya ingin bertanya pada pihak tertentu tentang soalan saya. Harap dapat balas jawap soalan saya. Hidup kerana makan atau makan kerana hidup? Jika kalau anda pilih antara satu ini, kedua-dua nya salah. Anda pikir dan renung kan lah. Insha'alla...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Ssaya pernah ikut ustaz jufri dulu pada tahun 2001 hingga 2003 -.tp lama sy tinggalkan atas sbb2 tertentu.boleh tak kiranya tuan hubungi saya di azrihazimi2106@gmail.com utk mendapatkan semula ilmu hakikat ini?

      Delete
  2. Alhamdulillah org yg mengfitnah ustaz hasan dah mendapat hukuman yg setimpal . Mendapat balasan yg sepatutnya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...mohon sangat awak email saya di akad8993@gmail.com

      Sebab saya nak tahu pasal ustaz hasan...datuk saya dulu belajar dengan ustaz hasan ketika di melaka

      Delete
    2. Salam...mohon sangat awak email saya di akad8993@gmail.com

      Sebab saya nak tahu pasal ustaz hasan...datuk saya dulu belajar dengan ustaz hasan ketika di melaka

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Fitnah lebih besar dosanya dri membunuh.! Di Akhirat nanti jawab depan Allah krn menghalang manusia dari jalan Allah. X kenal ilmu ini maka x cinta.(siapa tak rasa maka dia tidak tahu).

    ReplyDelete
  4. nak tanya hassan bin jonit dah meninggal ka

    ReplyDelete